Monday, November 11, 2013

Lawatan Kerja dari Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sabah (SEDCO)

Pada 12/11/2013 satu rombongan kerja dari SEDCO telah melawat kilang serta kedai Sate Ikan Kak Ning di Chendering , Kuala Terengganu. Mereka bakal berkerjasama bagi memajukan industri ini di sekitar Sabah khusus nya. Satu pencapaian yang membanggakan bagi perusahaan Sate Ikan Kak Ning serta negeri Terengganu Darul Iman. Produk kita diterima diseluruh negeri. Tidak mustahil suatu hari nanti perusahan ini akan ada di seluruh negeri di Malaysia.



Generasi Baru Sate Ikan Kak Ning

BIODATA
Nama: Mohd Rusli Bin Rashid
Umur: 33 Tahun
Jawatan : Owner Sate Ikan Kak Ning 
(Terengganu Halal Hub)

En Rusli memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu sebelum beliau berjaya memiliki kilang sendiri di Terengganu Halal Hub, menurut beliau ,  suatu masa dulu pernah menjual sendiri sate di tepi pantai. Berkat usaha dan doa serta pengalaman yang di perolehi serta hasil duit yang dikumpul selama beberapa tahun. Beliau sekarang ini menjadi seorang usahawan yang amat berjaya di sekitar Kuala Terengganu. 
Beliau sekarang sudah memiliki kedai sendiri di Chendering , Kuala Terengganu. Permintaan yang tinggi dari seluruh Malaysia menyebabkan beliau membuka kilang di Terengganu Halal Hub. Dan sekarang ini mempunyai 30 orang perkerja tempatan serta mempunyai mesin yang baru dan canggih. 

Cara pemprosesan juga amat bersih dan cermat. Sate Ikan Kak Ning juga di bungkus dengan cara yang betul serta mempunyai logo sendiri. Dan yang terbaru, Sate Ikan Kak Ning telah mengunakan Lidi Buluh yang dulu nya mengunakan Lidi Kelapa. 

Gambar yang kita lihat dibawah ini adalah gambar cara sate di proses dengan bersih serta tempat yang amat selesa.



Selepas ini banyak cawangan baru akan dibuka, maka beruntunglah penduduk tempatan kerana mendapat peluang perkerjaan terutama nya ibu-ibu tunggal dikawasan setempat.

Sunday, November 10, 2013

Asal Usul Perusahan Sate Ikan Kak Ning

Pada mula nya diusahakan oleh pasangan suami isteri Mohd Rashid Mohd, 59 dan Rohani Mohd Zain, 55.

Mereka berdua cekal mempertahankan perniagaan yang diusahakan selama 34 tahun itu walaupun pelbagai rintangan dan dugaan dilalui termasuk satu ketika dulu dicemuh masyarakat setempat yang menyatakan apa yang dijual itu `sate kucing’ dan `sate katak’.

Berkat kesabaran, pemilik Sate Ikan Kak Ning itu kini bukan saja mampu membesarkan tujuh orang anak dengan sempurna malah dapat menambah cawangan perniagaan dan mengerjakan ibadat haji.

Sate ikan Ning yang beralamat di Kampung Bukit Berangan, Tepoh dan Kampung Raja, Chendering mendapat sambutan cukup menggalakkan daripada puluhan peniaga dan penjaja tempatan.


 Encik Rashid, berkata bukan semudah yang disangka untuk dia dan isteri merasai keselesaan berniaga seperti dikecapi hari ini kerana terpaksa melalui pelbagai dugaan dan rintangan.

“Rintangan paling sukar adalah menangkis tohmahan masyarakat yang memandang negatif terhadap sate ikan sedangkan bahan yang dihasilkan itu semuanya halal.

“Ejekan, `orang itu jual sate kucing atau sate katak’ masih tergiang-giang di teliga saya ketika menjaja makanan itu di serata kampung dan sekolah lebih 20 tahun lalu dengan menggunakan beca tua ,” katanya.

Walaupun sedih dan cukup terasa, beliau tetap bersabar sambil mendoakan supaya apa yang diusahakan ini mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Sementara itu Rohani yang juga pemilik resipi turun temurun itu berkata, bahan mentah untuk menghasilkan produk itu mudah didapati di sekitar daerah ini.

Jika dahulu katanya, ada yang beranggapan sate ikan adalah resipi untuk 'kelas bawahan' yang dijual di ceruk kampung bagi menggantikan sate ayam dan daging yang harganya lebih mahal tetapi sekarang ia menjadi pilihan segenap lapisan masyarakat.

"Sekarang produk ini digemari oleh pelbagai peringkat termasuk menjadi hidangan di restoran mewah serta mampu mengembalikan cerita lama zaman persekolahan generasi dewasa," jelasnya.

Perniagaan ini telah di turun kan kepada anak-anak mereka. Salah seorang nya adalah anak lelaki mereka iaitu Mohd Rusli Rashid, 33 . En Rusli baru-baru ini telah membuka kilang di Terengganu Halal Hub di Permint Jaya Chendering yang kini mempunyai 30 orang perkerja bagi memenuhi pasaran sekarang yang semakin besar dan permintaan yang semakin tinggi. En Rusli juga akan membuka lebih daripada 10 cawangan kedai pemborong di setiap daerah Terengganu seterusnya untuk masa akan datang akan di eksport ke pasaran luar negara.

Sate Ikan Kak Ning yang dulu nya hanya dijual dikampung-kampung , sekarang tidak lagi , berkat usaha dan doa. Sate Ikan Kak Ning pasti dapat menembusi pasaran di seluruh dunia.