Sunday, November 10, 2013

Asal Usul Perusahan Sate Ikan Kak Ning

Pada mula nya diusahakan oleh pasangan suami isteri Mohd Rashid Mohd, 59 dan Rohani Mohd Zain, 55.

Mereka berdua cekal mempertahankan perniagaan yang diusahakan selama 34 tahun itu walaupun pelbagai rintangan dan dugaan dilalui termasuk satu ketika dulu dicemuh masyarakat setempat yang menyatakan apa yang dijual itu `sate kucing’ dan `sate katak’.

Berkat kesabaran, pemilik Sate Ikan Kak Ning itu kini bukan saja mampu membesarkan tujuh orang anak dengan sempurna malah dapat menambah cawangan perniagaan dan mengerjakan ibadat haji.

Sate ikan Ning yang beralamat di Kampung Bukit Berangan, Tepoh dan Kampung Raja, Chendering mendapat sambutan cukup menggalakkan daripada puluhan peniaga dan penjaja tempatan.


 Encik Rashid, berkata bukan semudah yang disangka untuk dia dan isteri merasai keselesaan berniaga seperti dikecapi hari ini kerana terpaksa melalui pelbagai dugaan dan rintangan.

“Rintangan paling sukar adalah menangkis tohmahan masyarakat yang memandang negatif terhadap sate ikan sedangkan bahan yang dihasilkan itu semuanya halal.

“Ejekan, `orang itu jual sate kucing atau sate katak’ masih tergiang-giang di teliga saya ketika menjaja makanan itu di serata kampung dan sekolah lebih 20 tahun lalu dengan menggunakan beca tua ,” katanya.

Walaupun sedih dan cukup terasa, beliau tetap bersabar sambil mendoakan supaya apa yang diusahakan ini mendapat keredhaan Allah S.W.T.

Sementara itu Rohani yang juga pemilik resipi turun temurun itu berkata, bahan mentah untuk menghasilkan produk itu mudah didapati di sekitar daerah ini.

Jika dahulu katanya, ada yang beranggapan sate ikan adalah resipi untuk 'kelas bawahan' yang dijual di ceruk kampung bagi menggantikan sate ayam dan daging yang harganya lebih mahal tetapi sekarang ia menjadi pilihan segenap lapisan masyarakat.

"Sekarang produk ini digemari oleh pelbagai peringkat termasuk menjadi hidangan di restoran mewah serta mampu mengembalikan cerita lama zaman persekolahan generasi dewasa," jelasnya.

Perniagaan ini telah di turun kan kepada anak-anak mereka. Salah seorang nya adalah anak lelaki mereka iaitu Mohd Rusli Rashid, 33 . En Rusli baru-baru ini telah membuka kilang di Terengganu Halal Hub di Permint Jaya Chendering yang kini mempunyai 30 orang perkerja bagi memenuhi pasaran sekarang yang semakin besar dan permintaan yang semakin tinggi. En Rusli juga akan membuka lebih daripada 10 cawangan kedai pemborong di setiap daerah Terengganu seterusnya untuk masa akan datang akan di eksport ke pasaran luar negara.

Sate Ikan Kak Ning yang dulu nya hanya dijual dikampung-kampung , sekarang tidak lagi , berkat usaha dan doa. Sate Ikan Kak Ning pasti dapat menembusi pasaran di seluruh dunia.

No comments:

Post a Comment