BIODATA
Nama: Mohd Rusli Bin Rashid
Umur: 33 Tahun
Jawatan : Owner Sate Ikan Kak Ning
(Terengganu Halal Hub)
En Rusli memulakan perniagaan secara kecil-kecilan dahulu sebelum beliau berjaya memiliki kilang sendiri di Terengganu Halal Hub, menurut beliau , suatu masa dulu pernah menjual sendiri sate di tepi pantai. Berkat usaha dan doa serta pengalaman yang di perolehi serta hasil duit yang dikumpul selama beberapa tahun. Beliau sekarang ini menjadi seorang usahawan yang amat berjaya di sekitar Kuala Terengganu.
Beliau sekarang sudah memiliki kedai sendiri di Chendering , Kuala Terengganu. Permintaan yang tinggi dari seluruh Malaysia menyebabkan beliau membuka kilang di Terengganu Halal Hub. Dan sekarang ini mempunyai 30 orang perkerja tempatan serta mempunyai mesin yang baru dan canggih.
Cara pemprosesan juga amat bersih dan cermat. Sate Ikan Kak Ning juga di bungkus dengan cara yang betul serta mempunyai logo sendiri. Dan yang terbaru, Sate Ikan Kak Ning telah mengunakan Lidi Buluh yang dulu nya mengunakan Lidi Kelapa.
Gambar yang kita lihat dibawah ini adalah gambar cara sate di proses dengan bersih serta tempat yang amat selesa.
Selepas ini banyak cawangan baru akan dibuka, maka beruntunglah penduduk tempatan kerana mendapat peluang perkerjaan terutama nya ibu-ibu tunggal dikawasan setempat.
No comments:
Post a Comment